Teman Lelaki Batal Tengok Wayang Guna SMS, Model Remaja Sedih Dan Bunuh Diri (5 Gambar)
Seorang model remaja yang agak terkenal di Briton Ferry telah bunuh diri selepas teman lelakinya batalkan rancangan untuk tengok wayang bersama. Model yang dikenali sebagai Gabrielle Joseph, 16, memberitahu kawannya di Facebook "I am going to kill myself tonight'. Gabrielle menyatakan kenyataan di atas ini selepas dia menerima SMS dari teman lelakinya pada jam 8.15 pm. Gabrielle yang merupakan model untuk syarikat fesyen terkenal UK dan Wales, Hollister dikatakan berlari ke arah stesen kereta api yang terletak berdekatan rumahnya. Dia kemudian berdiri di atas landasan dan bunuh diri selepas dilanggar oleh kereta api dengan kelajuan 75 Mph yang menuju ke Cardiff hanya 75 minit selepas dia menerima SMS tersebut.