Posts

Showing posts from November 15, 2012

Sosial Media Malaysia

tentang saleem

Image
  SALEEM A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM pada asalnya adalah merupakan seorang penyanyi sensasi kumpulan IKLIM yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia. Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Kampung Permaisuri, Daerah Setiu, Terengganu. Berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walaubagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebalik

tentang iklim &saleem

IKLIM Kumpulan Iklim merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock yang muncul pada dekad 90-an. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan (slow rock). Anggota Kumpulan Iklim Saleem (Vokalis) Umarul (Gitar utama) Mohalim (Bass) Huzali (Keyboard) Kama (Pemain dram) - keluar setelah 7 tahun iaitu pada akhir 1996. Khir Rahman (Vokalis) - Album Pergimu Satu Tanda ALBUM Iklim 1990 - Satu Kesan Abadi (SCS) 1991 - Bulan Jatuh Ke Riba (SCS) 1992 - Budi (SCS) 1993 - Dunia (SCS) 1994 - Iklim (Warner) 1995 - Bukan Niatku (Warner) 1996 - Salam Perpisahan (Warner) 1997 - Sambutlah Tanganku (Warner) 2003 - Bunga Emas (Nova) Saleem 1993 - Saleem/Wan Zul - Gabungan Dua Insan Seni (SCS) 1994 - Saleem/Iklim (SCS) 1998 - Gabungan Saleem Iklim Dan M. Nasir (SCS) 1998 - Maaf (Warner) 2000 - Ratib Orang Pinggiran (Warner) 2001 - Ratu Sanubari (Warner) 2006 - E