Sosial Media Malaysia

Selebriti TERKENAL yang meninggal dunia pada usia muda (24 Gambar)


Kurt Cobain, merupakan seorang penyanyi dan pemain gitar kumpulan Nirvana, membunuh diri pada 5 April 1994, pada usia 27 tahun. Kejayaan kumpulan itu memuncak pada tahun 1991 apabila mereka mereka muncul dengan sebuah lagu berjudul "Smells Like Teen Spirit."



Amy Winehouse, pernah memenangi lima Grammy untuk album beliau 2006 "Back to Black," telah ditemui mati pada 23 Julai 2011, di rumahnya di London. Punca kematian adalah keracunan alkohol.

Rapper Tupac Shakur meninggal dunia pada 1September 1996, pada usia 25 tahun selepas ditembak empat kali di Las Vegas. Selain bernyanyi, Shakur juga pernah berlakon di dalam beberapa filem. Album hits terbesar beliau dijual lebih 10 juta salinan di Amerika Syarikat 

Pemuzik Sid Vicious meninggal dunia pada usia muda 21 tahun pada 2 Februari 1979, disebabkan dos heroin berlebihan. Pada tahun 1977 beliau menyertai Band Sex Pistols dan sangat terkenal dengan telatah liarnya di atas pentas.

Pemain Gitar Kumpulan Blues rock, Stevie Ray Vaughan (35 tahun), meninggal dunia pada 27 Ogos 1990 apabila helikopter yang dinaikinya terhempas di sebelah bukit ski ketika pulang dari konsert di Timur Troy, Wis

Steve Irwin, yang lebih dikenali sebagai " The Crocodile Hunter” meninggal dunia ketika berumur 44 tahun pada 4 September 2006, selepas terkena tikaman duri ikan pari di dada ketika penggambaran sebuah filem dokumentari air.

Penyanyi R&B Sam Cooke, yang terkenal dengan hits "Cupid, "You Send Me" dan "Twistin' the Night Away" telah ditembak dan dibunuh pada 11 Dec 1964, pada usia 33 tahun.

Penyanyi Mexico-Amerika Selena, yang dikenali dengan "The Queen of Tejano music" telah dibunuh oleh Presiden Kelab peminat beliau sendiri pada tahun 1995 ketika berusia 23.

Bintang Legenda R & B Otis Redding hanya berusia 26 apabila pesawat yang dinaikinya terhempas ke Tasik Monona di Madison, Wis, pada 10 Dec 1967.

River Phoenix adalah seorang pelakon dan ikon remaja pada era1980-an. Abang kepada pelakon Joaquin Phoenix ini meninggal dunia pada tanggal 31 Oktober 1993. Beliau memulakkan kerjaya lakonannya pada umur 10 tahun, dan telah dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi peranan beliau sebagai Danny dalam "Running on Empty" pada tahun 1988.

Pelawak "Saturday Night Live" Phil Hartman telah ditembak dan dibunuh oleh isterinya sendiri pada 28 Mei 1998, ketika beliau sedang tidur di rumah mereka di Encino, California, Selang beberapa jam selepas itu Isterinya pula membunuh diri. Hartman berumur 49 apabila beliau mati.

Pelakon, model, showgirl, dan simbol seks Marilyn Monroe meninggal dunia ketika umurnya 36 tahun pada 5 Ogos 1962. Pelakon fotogenik itu hanya sempat berlakon dalam 30 filem sepanjang hayatnya, tetapi masih menjadi ikon budaya dan telah digelar "The Blonde Bombshell"

Heath Ledger sangat terkenal dengan filem-filem beliau "The Dark Knight" dan "Brokeback Mountain" meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan pada 22 Januari 2008, ketika berusia 28. Pelakon kelahiran Australia itu memulakan kerjayanya pada usia seawal 16 tahun.

Kerjaya berhayat pendek James Dean berakhir dengan kematiannya pada 30 Sept 1955. Beliau sangat terkenal kerana peranan yang dilakonkan beliau dalam "Rebel Without a Cause" Kemalangan kereta tragis yang telah meragut nyawanya menjadikan beliau satu legenda Amerika.

Pelumba kereta, Dan Wheldon adalah pemenang dua kali berturut-turut dalam Indianapolis 500. Beliau meninggal dunia pada 16 Oktober 2011 ketika berusia 33 tahun dalam sebuah kemalangan sewaktu berlumba di musim finale siri IndyCar. Beliau pernah menang sebanyak 16 kali dalam kerjaya memandu IndyCar

Pelakon "Diff'rent Strokes" Gary Coleman mempunyai banyak isu-isu kesihatan sepanjang hayat beliau, termasuk penyakit buah pinggang kongenital, pembedahan jantung dan dua kali serangan sawan. Beliau meninggal dunia pada 28 Mei 2010, pada usia 42, iaitu dua hari selepas terjatuh tangga di rumahnya.

Penyanyi dan pelakon Elvis Presley telah ditemui mati di Graceland, di dalam rumahnya pada tahun 1977 ketika berusia 42 tahun. Okeylah tidaklah tua sangat kan?

Michael Jackson telah bersedia untuk kemunculan semulanya tetapi malang sekali kerana beliau meninggal dunia pada Jun 2009 pada umur 50 tahun (mudalah sangat).

Whitney Houston meninggal dunia di Hotel Beverly Hilton pada malam Grammys pada 11 Feb 2012 sewaktu berusia 48 tahun. Punca kematian dipercayai akibat lemas dan penggunaan kokain. (and I will always love youuuuuuuuu) 

Pelakon Bruce Lee meninggal dunia pada 20 Julai 1973, ketika berumur 32 tahun. Beliau adalah ikon terbesar seni mempertahankan diri, dan terkenal kerana lakonan beliau dalam filem "Enter the Dragon" dan "Fists of Fury".

Pelakon Brandon Lee hanya berusia 28 tahun apabila dia meninggal dunia semasa penggambaran filem "Crow" pada 31 Mac 1993. Beliau merupakan anak kepada pelakon terkenal Bruce Lee, dan ketika itu beliau baru sedang cuba untuk menempa nama di dalam dunia lakonan.

Penyanyi Popular R&B Aaliyah meninggal dunia pada 25 OGOS 2001, ketika berusia 22 tahun dalam nahas kapal terbang di Bahamas. Beliau juga merupakan seorang pelakon dan model. Beliau hanya berusia 10 tahun ketika membuat persembahan dalam rancangan TV "Star Search" dan menandatangani perjanjian rekod pada umur seawal 12 tahun.

Pelakon Brittany Murphy, sangat terkenal kerana peranannya dalam komedi 1995 "Clueless" meninggal dunia pada usia 32 tahun pada 20 Dec 2009. Punca kematian Murphy adalah radang paru-paru, kekurangan zat besi anemia dan mabuk dadah pelbagai.

Pelakon dan Playboy Playmate Anna Nicole Smith meninggal dunia ketika berusia 39 tahun pada 8 Feb 2007, di sebuah bilik hotel Hollywood, Florida, akibat dos berlebihan ubat-ubatan preskripsi.
p/s : Bagaimanapula dengan pelakon dan penyanyi tempatan kita? 

sumber: mr

Popular posts from this blog

HUAWEI Mobile Wi-Fi E5573

Xiaomi Mi A1