Rempit Sampai Cecah Atap Rumah Jiran
Jika anda pernah menonton filem Seniman Bujang Lapok, ada satu adegan di mana ketiga-tiga mereka ini marah kerana jiran sebelah membuat bising dengan bunyi eksoz motor. Namun
salah seorang daripada mereka telah menyebabkan motosikal tersebut
tersangkut di bumbung rumah. Kejadian ini dikaitkan pula dengan satu
kes kemalangan di Felda Jengka 4.
Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.
Penduduk di Felda Jengka 4 gempar apabila terdengar satu dentuman di kawasan tersebut. Rupa-rupanya berlaku satu kemalangan di mana sebuah motosikal didapati tersangkut di atas atap rumah.
Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.
Penduduk di Felda Jengka 4 gempar apabila terdengar satu dentuman di kawasan tersebut. Rupa-rupanya berlaku satu kemalangan di mana sebuah motosikal didapati tersangkut di atas atap rumah.
Motosikal terbabit yang dinaiki tiga
remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari
satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah
milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter
lebih rendah dari jalan tersebut.
Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.
“Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.
“Tidak lama kemudian saya mendengar riuh
rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal
tersangkut di atap garaj rumah saya,” katanya.
Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang
ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang
belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.
“Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya,” katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.
Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata,
kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian
atap garaj rumahnya rosak.
“Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian
pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah
dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya
ini.
“Sebahagian dinding batu roboh, namun
bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah
garaj tersebut,” katanya.
Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap.
Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap.
Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan.