Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik Anda (7gambar)
Jalan raya merupakan alat perhubungan yang
paling penting dalam menghubungkan suatu tempat ke suatu tempat yang
lain..Namun, dengan teknologi yang sedia ada, jalan raya boleh menjadi
suatu tempat yang lebih dari sekadar jalan raya..Nak tahu dengan lebih
lanjut, meh usha kat bawah ni..
Jalan yang boleh menyala dalam gelap dan
mungkin pada suatu hari mampu mengecas kereta elektrik anda telah
ditetapkan untuk diperkenalkan di Belanda mulai tahun hadapan.
Jalan yang dikenali sebagai "Smart Highways" ini
telah diumumkan minggu lepas pada Minggu Reka Bentuk Belanda dan akan
menggunakan teknologi terkini. Menurut pereka nya, ia akan menjadi
sebuah jalan yang "lebih mampan, selamat dan intuitif."
Syarikat-syarikat di sebalik projek ini
berkata, matlamat mereka adalah untuk menghidupkan sebuah inovasi laluan
pengangkutan biasa dengan memberi tumpuan kepada jalan raya itu sendiri
berbanding kenderaan yang menggunakannya.
Idea ini mungkin telah ketinggalan
beberapa tahun ke belakang, namun mulai tahun hadapan, jalan raya di
seluruh Belanda akan dicat dengan garisan yang diperbuat daripada serbuk
foto-pendarkilau yang boleh menyerap cahaya teknologi untuk menerangi
jalan raya sehingga 10 jam semalaman.
Satu lagi teknologi yang akan
dilaksanakan pada tahun hadapan juga adalah cat dinamik yang responsif
terhadap suhu yang akan membuat kan kristal ais boleh dilihat oleh
pemandu apabila cuaca sejuk membuatkan jalan menjadi licin.
Idea yang dibangunkan oleh sebuah firma Belanda, Studio Roosegaarde and Heijmans Infrastructure ini telah pun dinobatkan sebagai 'Konsep Masa Depan Terbaik' pada Anugerah Reka Bentuk Belanda baru-baru ini.
Walaubagaimana pun, masih belum ada lagi maklumat mengenai lorong kenderaan yang boleh mengecas kenderaan elektrik sewaktu membuat perjalanan, itu berkesan.
Studio Roosegaarde berkata dalam satu kenyataan, "Daripada memberi tumpuan kepada kereta untuk berinovasi, kami, Daan Roosegaarde dan Heijmans akan menginovasi jalan raya itu sendiri."
"Reka bentuk inovatif seperti jalan yang boleh menyala dalam gelap, cat dinamik, cahaya interaktif, Induction Priority Lane dan cahaya angin akan dapat direalisasikan dalam tempoh 5 tahun yang berikutnya."
"Matlamat jalan raya ini adalah untuk membina sebuah jalan raya yang lebih mampan dan interaktif dengan menggunakan pencahayaan interaktif, tenaga pintar dan tanda-tanda jalan yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan lalu lintas tertentu."