Sosial Media Malaysia

DiSondol semasa nak bayar tol

Sondol nak bayar tol


REMUK...keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan

SEREMBAN, 17 Nov : “Saya terkejut sebaik mahu membayar tol, tiba-tiba sebuah kereta dari belakang merempuh kereta saya hingga meluncur laju dan melanggar palang tol,” kata A Mohindaran, 52, mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Plaza Tol Setul menghala Seremban, di sini, semalam.


Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, kereta Proton Persona dinaiki tujuh sekeluarga merempuh belakang kereta dinaiki Mohindaran menyebabkan seorang daripada mereka patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan termasuk dua kanak-kanak.


BANTU...mangsa dipapah pasukan keselamatan selepas diberi rawatan kecemasan

“Sebaik tiba di tol saya sempat menyerahkan tiket tol kepada jurutol. Tapi belum sempat saya keluarkan duit, saya rasa kereta seperti ‘dihempap’ dari belakang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Popular posts from this blog

HUAWEI Mobile Wi-Fi E5573

Xiaomi Mi A1